Thursday, January 6, 2011

Pagi Jumaat Yang Indah...

Selamat hari Jumaat semua.. Korang tahu x hari Jumaat ni merupakan penghulu segala hari bagi kita sebagai seorang ISLAM.Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat...
Erm, berbalik pada cerita aku pulak..Yang atas tu juz mukaddimah jew di samping aku nak sampaikan sikit2 ape yg aku tahu...Mana yg baik kita sampaikan mana yg tak baik kita telan sowg ok?
Erm, hari ini hari Jumaat yang paling seronok bagi aku. Aku bersyukor kepada Tuhan kerana dia menggembirakan aku dan mempermudahkan segala tugas aku pada pagi ini walaupun kebiasaannya aku adalah pemalas sangat untuk keluar pagi2 kerana ngantuk...Haha...
Hari ini aku dapat pergi 3 buah sekolah dengan membawa profil syarikat aku untuk berdaftar sebagai pembekal untuk sekolah berkenaan. Alhamdulillah syukor semua nya berjalan dengan lancar dan jayanya dan senyumnya dan happynya... Tanpa sebarang masalah "kemengantukan" Haha.. Ehem2x...
Aku gembira sangat coz pihak sekolah memberikan renspon yang amat baik kepada aku. Moga aku akan dapat kerja2 sepertimana yang aku mampu laksanakan "insyaallah"...
~AMIN~ k,daaa...siap2 pi sembahyang JUMAAT...